SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK HFMD
![]() |
SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK HFMD. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Anak Saya Tidak Merebak dan Sembuh Selepas 5 Hari Setelah Saya Berikhtiar Dengan Suplemen Shaklee
Assalamualaikum. Saya Dr Najihah, pengguna setia Shaklee sejak tahun 2011 lagi. Kenapa saya masih setia dengan produk Shaklee sejak dulu hingga kini? Sebabnya, keadaan kesihatan saya dan keluarga bertambah baik dengan izin Allah, setelah saya men’Shaklee’kan diri dan keluarga saya.
SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK HFMD
Alhamdulillah, pada kali ini untuk kesekian kalinya saya ingin kongsikan testimoni Shaklee seterusnya, yang dialami oleh anak saya yang dijangkiti HFMD. Tujuan saya kongsikan testimoni ini supaya lebih ramai lagi anda di luar sana yang menghadapi masalah yang sama, akan mendapat manfaat daripadanya.
HFMD atau juga dikenali sebagai Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah satu wabak atau penyakit berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak. Virus HFMD amat mudah berjangkit terutamanya jika terkena kepada bayi atau kanak-kanak yang berada di taska, tadika atau kelas-kelas pra-sekolah.
Antara simptom-simptom yang akan dialami oleh anak-anak yang dijangkiti HFMD ialah:
1) Demam panas yang berterusan, on-off. Tak betul2 baik, badan terasa panas dan kadangkala suam je.
2) Anak-anak hilang selera makan.
3) Naik bintik-bintik pada tangan dan kaki anak-anak. Kadangkala ia jadi seperti melepuh di celah-celah jari.
4) Tumbuh ulser di bibir dan dalam bahagian mulut anak.
Saya memang selalu dengar dan baca tentang virus HFMD ni, tetapi alhamdulillah sejak anak pertama sehingga anak ke-5, tiada seorang pun yang pernah dijangkiti virus ini.
Namun begitu, anak ke-6 saya (Huda) telah terkena virus HFMD ini ketika berusia 2 tahun. Saya masih ingat ketika itu saya hanya berseorangan menguruskan anak-anak seramai 6 orang kerana suami bekerja di Kedah sementara saya pula bekerja di Terengganu. Kelam kabut juga kehidupan saya ketika itu kerana awalnya Huda mengalami demam on-off selama lebih seminggu.
Mulanya saya anggap Huda mengalami demam biasa sahaja, tapi apabila tangan dan kakinya dinaiki bintik-bintik seperti ruam yang banyak, saya mula risau dan bawa anak membuat pemeriksaan di klinik. Benarlah apa yang saya risaukan itu, setelah berjumpa doktor, doktor mengesahkan bahawa Huda telah dijangkiti virus HFMD. Rupa-rupanya, apabila saya bertanya cikgu taskanya, ada anak-anak di taska yang telah dijangkiti virus ini.
Doktor memberi beberapa jenis ubat termasuk ubat demam, ubat gatal dan ubat sapu. Doktor juga berpesan agar Huda mesti dikuarantin dan saya perlu menjaga kebersihan rumah, peralatan, barang-barang peribadi Huda semua kena jaga supaya tidak berjangkit dengan anak yang lain.
Apabila pulang ke rumah, saya bertekad untuk guna beberapa produk Shaklee sebagai ikhtiar untuk kesembuhan anak saya. Kebetulan juga, sehari selepas disahkan Huda dijangkiti HFMD, saya perlu pulang ke Kedah bersama anak-anak kerana menghadiri satu seminar di sana. Saya terus mandikan Huda dengan air yang dicampur beberapa titik Basic H Shaklee. Basic H ini amat bagus untuk menghilangkan gatal-gatal dan membasmi kuman dari terus merebak. Selain daripada itu, saya juga bagi Huda makan Nutriferon, Chewable Vitamin C dan sapu Krim Herbal Blend di tangan dan kaki. Nutriferon amat baik untuk tingkatkan antibodi tubuh anak-anak, begitu juga dengan Chewable Vitamin C . Jika diamalkan kedua-duanya insyaAllah ia dapat membantu meredakan demam dan mengelakkan jangkitan kuman.
Alhamdulillah, selepas 2 hari menggunakan 4 produk ini, saya dah mula nampak kesan pada penyakit Huda. Demamnya dah beransur kebah walaupun semalaman berada atas bas untuk ke Kedah. Bintik-bintik pada tangan dan kaki juga makin berkurang dan hilang. Huda juga dah tak gatal-gatal lagi pada tempat bintik ruam tu.
Sejujurnya, saya tak sempat pun beri Huda makan ubat yang doktor bekalkan untuk Huda. Selepas hari ke-5, Huda sembuh sepenuhnya dari Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini. Saya rasa bersyukur sangat-sangat dengan situasi ini.
Sebenarnya, virus HFMD ini jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa maut walau ramai yang beranggapan penyakit ini bukan jenis penyakit kronik. Jadi sebagai ibu bapa, kita mesti berhati-hati dan mengambil langkah perlu jika sekiranya anak-anak kita dijangkiti virus HFMD. Anda boleh berikhtiar dengan suplimen Shaklee untuk membanteras gejala HFMD ini.
Tiada salah kita berikhtiar selagi demi kesihatan dan keselamatan anak-anak kita. Sekian dulu perkongsian saya, semoga ia dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama.
Testimoni HFMD
Lpas tu mak n kwan sugest soh g klnk nk kpastian sme ad hfmd or x, Tgok kt kaki ad 1 bji air, dan bru tringat ada nutriferon terus bg mkan sbb nk elak dari demam, Alhamdulilah mmg due2 anak xde dmam cme bdan nk dedar tpi xlma tu sjuk blik Alhamdulilah, bile dh mlam mula rsau.tkot die mrengek nages2 or xlsese sbb ad stgh dgar dri kwan ckp ank xbleh tido ngn dmam on of hbis 1 bdan naik merah2 n mlut pnuh alser ha tu lah rsaunye kalo ank kne mcm tu
Alhamdulilah anak tido ngn lena skali, esoknye dh bleh mnum susu n mkn skit2 main pon molek je lompat sane sini ngenat kakngah, keesokanye kak ngah plak yg kne tgok kt tpak tgn dh ad naik bntik2 n mlut ad alser, kaki xde trus lah bg mkn nutriferon jgak, Alhamdulilah harini dh beransur shat ank2 umi, xde lg bntik2 merah n bji air syukur alhamdulillah allah bri ksihatan yg baik kt ank2..
3hari berturut bg mkn nutriferon kt ank2.. bg 1sachet shari pon dh memadnai untuk imun bdan ank, mmg stndbay awal2 untuk ank.. rsau kalo xshat.. msim skrang ni mmg ibu2 kne stndbay ubat2 keperluan, mcm ubt dmam spray mlut n supliment lain jika ada.. smoge lpas ni kne hati2 n serik dh kne cmmni.. smoge mak2 kt luar sane hati2 nk bwak ank kluar ke mne2.. skrg ni mmg dh bnyk kes ank kne kne #HFMD.. kalo yg xdirawat mmg akn ad kne lg truk, sian tgok ank2 kne.
Nutriferon Shaklee: Keistimewaan, Kebaikan dan Testimoni
- Ekstrak pelbagai jenis herba semulajadi terpilih
- Tanpa steroid
- Dingin dan tidak berminyak
- Telah menjalankan clinical test
- Tiada keraguan dan tiada racun
Keistimewaan Shaklee Hero Kiddo
- Diformulasikan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas
- Memberi sokongan sistem imun *
- Dikemaskan dengan ekstrak vitamin C, vitamin D, zink & elderberry
- Gummies berperisa ceri semulajadi yang lazat dalam bentuk beruang yang sejuk
- Mesra gigi †
- Bebas gula, bukan GMO, bebas gluten, bebas soya, vegan
- Tidak ada perisa, pemanis, atau pengawet buatan
- Sifar Sirap jagung. Dibuat dengan pektin.
3 Ciri-ciri Khas Hero Kiddo
1. Membekalkan Nutrien Penyokong Kekebalan Kritikal *
Mengandungi gabungan kuat nutrien yang menyokong kekebalan tubuh, termasuk zink dan vitamin C dan D
2. Menyokong Sistem Imun yang Sihat *
Menyampaikan antioksidan dan nutrien yang terbukti menyokong fungsi imun yang sihat
3. Melindungi dengan Bahan Ramuan Gigi †
Manis secara semula jadi dengan eritritol dan xylitol, yang tidak mendorong kerosakan gigi
4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit Gigi
Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.
7. Ulser dan mulut berbau
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah
Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.
Testimonial Para Penguna Yang Berpuas Hati Dengan Basic H Shaklee







.jpeg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan